Selamat Datang

Selamat Datang kepada pelayar-pelayar blog sekalian. Blog ini merupakan blog perkongsian di antara dua sahabat iaitu Leftdefault (LD) dan Duke atau nama sebenar Noorsuzaimi bin Noordin (Mie) dan Mohd Redzuan bin Jalaludin (An).

Di dalam blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti bersama di antara kami dan juga aktiviti bersama rakan-rakan, tidak kira walau kemana jua. Setiap aktiviti akan dipaparkan dan di kongsi bersama anda.

Teruskan bersama kami kerana kami akan memuatkan info-info berguna mengenai jentera kesayangan anda, dan juga maklumat terkini mengenai industri permotoran negara.

Kepada pelayar daripada Northern Cars Recreation Club (NCRC), terima kasih kerana sudi melayari blog ini, berjumpa di Gathz akan datang.

Wednesday, March 3, 2010

Majlis Persandingan LD-Eika







Tarikh : 27 Februari 2010
Masa : 12tghr - 5ptg

Hari ini hari persandingan LD dan Eika (Atikah Pazil) di Teratak D5, Perumahan Awam (Taman Mawar), Jln Ayer Hangat, Langkawi.

Kebetulan pada hari ini, Ironman Langkawi diadakan, jadi banyak jalan-jalan yang di tutup untuk aktiviti ironman. Waktu rombongan terpaksa di ubah pada saat akhir kerana jalan memang betul-betul sesak. Tepat jam 1ptg, jemputan motorsikal klasik dan jemputan pihak pengantin perempuan tiba untuk menjemput rombongan lelaki ke rumah kenduri.

Jarak perjalanan lebih kurang 5km, rombongan lelaki di sambut meriah dengan paluan kompang, bacaan doa dan persembahan silat warisan. Selepas majlis sanding, makan beradab diadakan dan sesi bergambar bersama keluarga.

p/s mohon komuniti NCRC konvoi pada kenduri pihak lelaki 14mac

Majlis Akad Nikah LD






Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 3pm - 430pm

Akhirnya, secara rasmi LD telah menamatkan zaman bujang tepat jam 0405pm di Surau Taman Dahlia, Langkawi.

Perjalanan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ada sedikit masalah rombongan lambat tiba. Bukannya apa, LD dah booking tiket feri Kuala Perlis - Langkawi dengan Ferry Line pada 25/02/2010, tetapi kerana sikap cuai syarikat, mereka telah menjual seat yang telah LD tempah, jadi feri delay sejam sehingga 1230 baru bertolak ke Langkawi.

Setibanya di Langkawi, LD menyambut rombongan dan terus bawa mereka ke tempat penginapan untuk bersiap dan tepat jam 3ptg, rombongan bertolak ke Surau Taman Dahlia.

Perasaan LD memangla gemuruh, tp tok kadi pun 'kelolo' orangnya, jd LD pun kurang skit gementar. Tapi bila shakehand, Tuhan saja yang tahu. Apapun, Alhamdulilah semuanya dah selamat. Kepada Duke, bila lagi mau tunggu nih!..

p/s Duke jgn cari orang jauh2, susah rombongan nak pergi, haha..