Selamat Datang

Selamat Datang kepada pelayar-pelayar blog sekalian. Blog ini merupakan blog perkongsian di antara dua sahabat iaitu Leftdefault (LD) dan Duke atau nama sebenar Noorsuzaimi bin Noordin (Mie) dan Mohd Redzuan bin Jalaludin (An).

Di dalam blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti bersama di antara kami dan juga aktiviti bersama rakan-rakan, tidak kira walau kemana jua. Setiap aktiviti akan dipaparkan dan di kongsi bersama anda.

Teruskan bersama kami kerana kami akan memuatkan info-info berguna mengenai jentera kesayangan anda, dan juga maklumat terkini mengenai industri permotoran negara.

Kepada pelayar daripada Northern Cars Recreation Club (NCRC), terima kasih kerana sudi melayari blog ini, berjumpa di Gathz akan datang.

Wednesday, March 3, 2010

Majlis Persandingan LD-Eika







Tarikh : 27 Februari 2010
Masa : 12tghr - 5ptg

Hari ini hari persandingan LD dan Eika (Atikah Pazil) di Teratak D5, Perumahan Awam (Taman Mawar), Jln Ayer Hangat, Langkawi.

Kebetulan pada hari ini, Ironman Langkawi diadakan, jadi banyak jalan-jalan yang di tutup untuk aktiviti ironman. Waktu rombongan terpaksa di ubah pada saat akhir kerana jalan memang betul-betul sesak. Tepat jam 1ptg, jemputan motorsikal klasik dan jemputan pihak pengantin perempuan tiba untuk menjemput rombongan lelaki ke rumah kenduri.

Jarak perjalanan lebih kurang 5km, rombongan lelaki di sambut meriah dengan paluan kompang, bacaan doa dan persembahan silat warisan. Selepas majlis sanding, makan beradab diadakan dan sesi bergambar bersama keluarga.

p/s mohon komuniti NCRC konvoi pada kenduri pihak lelaki 14mac

Majlis Akad Nikah LD






Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 3pm - 430pm

Akhirnya, secara rasmi LD telah menamatkan zaman bujang tepat jam 0405pm di Surau Taman Dahlia, Langkawi.

Perjalanan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ada sedikit masalah rombongan lambat tiba. Bukannya apa, LD dah booking tiket feri Kuala Perlis - Langkawi dengan Ferry Line pada 25/02/2010, tetapi kerana sikap cuai syarikat, mereka telah menjual seat yang telah LD tempah, jadi feri delay sejam sehingga 1230 baru bertolak ke Langkawi.

Setibanya di Langkawi, LD menyambut rombongan dan terus bawa mereka ke tempat penginapan untuk bersiap dan tepat jam 3ptg, rombongan bertolak ke Surau Taman Dahlia.

Perasaan LD memangla gemuruh, tp tok kadi pun 'kelolo' orangnya, jd LD pun kurang skit gementar. Tapi bila shakehand, Tuhan saja yang tahu. Apapun, Alhamdulilah semuanya dah selamat. Kepada Duke, bila lagi mau tunggu nih!..

p/s Duke jgn cari orang jauh2, susah rombongan nak pergi, haha..

Monday, February 22, 2010

Walimatul Urus




Sirih bermadah pinang berbelah, Adat kelmarin dibenah rapi,
Merisik sudah bertunang pun sudah, Walimahnya kini pula dinanti,
Semarak kasih jalinan budi, Hadirnya anda amat dihargai,

Dengan sekapur sireh, saya mempersilakan ke majlis tambatan janji
izin berwali, ijab bersaksi, bertaqlik diri
pada 27 Februari 2010, Sabtu (Perempuan)
dan 14 Mac 2010, Ahad (Lelaki)
di Langkawi dan Lunas, Kedah

Lembayung senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan puan.

Kuala Perlis JJCM (Jalan-Jalan Cari Masalah)






Tarikh : 16 Februari 2010
Tempat : Kuala Perlis

Aktiviti kali ni LD buat sorang2 ja. Destinasi ke Kuala Perlis. Duke tak dapat ikut serta sebab dah mula kerja. Sebenarnya LD ke Langkawi bagi 'menyetelkan' urusan perkahwinan LD di sana. Di Langkawi, LD ke butik pengantin untuk mencuba baju nikah dan baju sanding serta ke kedai menempah hantaran.

LD balik ke sini semula pada 17 Februari. Sebelum pulang, LD sempat meronda-ronda sekitar Kuala Sungai Baru, dah maju sekarang kawasan sekitar. Dah mula ada pasar petang, gerai-gerai tepi jalan pun tumbuh mcm cendawan. Pemandangan dari sini agak menarik sebab betul-betul tepi laut dan boleh melihat pulau-pulau yang LD pun tak tahu nama. Memang cantik. Jika ke Kuala Perlis, datanglah ke sini.

p/s laksa Kuala Perlis memang sedap la.

Sunday, February 21, 2010

Malam Tahun Baru di Baling



Tarikh : 14-15 Februari 2010
Tempat : Baling

Percutian malam tahun baru ni tak dirancang pun sebab pada petangnya LD dan Duke menghadiri majlis pertunangan kawan baik di Sg Petani. Selepas majlis, Duke bersuara nak ke Air Panas Ulu Legong di Baling. Akhirnya kata putus di buat, LD, Duke, Syahrull, Amin dan Apit bersetuju ke Air Panas Ulu Legong pada malamnya.

Lebih kurang jam 930mlm, LD dan Duke ke rumah Apit, Syahrull dan Amin dan lebih kurang jam 1030 baru bertolak ke Baling. Kami singgah di Restoran Pokok Tampang, bersebelahan Kompleks Sukan Baling untuk melantak sebab perut dah mula meminta-minta.

Selesai makan, kami terus bertolak ke air panas. Setibanya di air panas, humang aih! ramainya manusia. Bayangkan kereta mula parking di signboard 1km ke air panas. Dalam kolam air dah macam tin sardin. Pakat punya pakat, akhirnya kami bersetuju untuk menginap di hotel bajet sekitar baling. Mulanya kami ke Hotel Bayu milik Ramli Motor, tp rate mahal la skit RM170 untuk bilik Deluxe. Daripada GPS milik Duke, kami mencari hotel lain. Riverside Hotel pula tutup, akhirnya kami nekad ke Seri Baling Inn dan jika tutup jugak, kami akan balik malam tu jugak untuk temujanji katil masing-masing.

Setibanya di Seri Baling Inn, tempatnya agak 'scary' skit sebab atas bukit. Waktu menunjukan jam 230pagi. Puas mengetuk pintu cermin hotel, akhirnya pakcik reception buka pintu dan kami pun check in dalam bilik 105.

Pada malam tu tak banyak aktiviti di buat sebab masing-masing letih. Hanya menonton tv sampai terlelap, cuma Syahrull yang dok study, bajet educated la konon. Last-last dia pun kalah jugak.

Keesokanya, selepas mandi kami hanya rehat-rehat dan bersembang tentang perkara-perkara yang ringan sahaja. Check Out pada pukul 11 pagi. Dalam perjalanan balik, kami sempat makan tengahari di Kupang sekejap.

p/s nak ke air panas ulu legong, pastikan time siang hari...

Saturday, February 20, 2010

Konvoi Pertunangan Apit - Wan












Tarikh : 14 Februari 2010
Tempat : Taman Ria, Sg Petani

Tahniah di ucapkan kepada pasangan Mohd Hafif dan Wan Norhazwani kerana telah selamat bertunang. Sedikit sejarah perkenalan mereka, mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas. Pada mulanya Wan ni agak pemalu orangnya, tp ntah macam mana bleh cair ngan ayat member aku sorang nih. hahaha...

Seperti biasa, LD dan Duke terlibat dalam konvoi ni. Meet Point 1 di rumah LD. Setelah Duke dan sorang lagi member sampai, kami bertolak ke rumah Apit di Kampung Batu 6, Lunas. Di sana ada 2 biji kereta lagi pihak lelaki menunggu. Pada pukul 330 ptg, kami bertolak ke rumah perempuan di Taman Ria, dan tiba lebih kurang pukul 415 ptg.

Majlis Pertunangan diadakan dengan meriah sekali, ada adik beradik dari jauh seperti Kelantan dan Johor datang bertandang. Hantaran lelaki serba 3 dibalas 5 oleh pihak perempuan. Tentang belanja dan mas kawin LD tak sempat nak tanya la pulak.

Apapun, tahniah LD dan Duke ucapkan kepada Apit dan Wan, semoga ke jinjang pelamin dan kekal ke anak cucu.

p/s Duke bila nak tunang?

Thursday, January 28, 2010

Mercedes GP Petronas


Gambar eksklusif dari pihak Mercedes-Benz di Stuttgart ini adalah gambar kereta Formula One yang bakal digunakan pada pusingan GP F1 yang akan datang.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana Petronas menjadi rakan penaja bersama. Jadi, marilah kita melakukan perubahan demi untuk diri, rakyat dan negara tercinta.

Salam 1 Malaysia!

Monday, January 25, 2010

HKS Fuel Saver









Hari ni pada pukul 830 pagi, Duke call Leftdefault (LD) ajak keluar berjumpa Ejen Prudential Insurance di Jalan Todak, Bandar Sunway. Pada jam 930 pagi, Duke dan LD bersarapan di Sungai Ular.

Duke mahu ke Prudential sbb mahu reduce premium beliau, tetapi terpaksa menukar polisi dari PruBSN Takaful kepada PruHealth kerana benefit PruBSN tidak begitu memuaskan berbanding PruHealth. Makanya, bermulalah perjalanan polisi beliau yang baru, dan 'menyedekah' premium PruBSN beliau yang dahulu begitu sahaja. Kesiannnnnnnn.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Chuah Auto Accessory di Lunas. Promoter amoi cun promote HKS Fuel Saver kepada Duke. Duke yang cair, terus angkat itu HKS Fuel Saver. Amoi tu ckp kasi pasang free dan jimat minyak, tekan minyak manyak lancar, kasi brek manyak lancar. haha.

Sekarang, LD menunggu result benda berharga RM7x.xx tu. Kira kasi Duke tikus putih eksperimen LD la. Tunggu resultnya lagi seminggu...

p/s lepas pasang, tekan minyak terus jarum minyak full. haha..

Monday, January 18, 2010

Langkawi - Cuti Umum Keputeraan Sultan Kedah




Cuti umum Keputeraan Sultan Kedah 17 Jan lepas, Leftdefault (LD) ke Langkawi kerana ada kerja untuk dibereskan kerana sekarang LD sudah tak bekerja di Langkawi lagi. Cuti umum kali ini tak ramai yang ke Langkawi, mungkin kerana bajet lari sbb dah bayar yuran sekolah dan perbelanjaan sekolah anak-anak.

Di Langkawi, LD berkesempatan bertanya abang-abang kereta sewa mengenai industri kereta sewa di sana. Jawapan yg diberi, susah n payah sedikit sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi bersepadu membanteras 'Prebet Sapu' yang menjalankan perniagaan kereta sewa tanpa permit. Tetapi, pada Langkawi International Maritime & Aerospace Exibition (LIMA) pada 1-5 Disember lepas, pendapatan mereka begitu lumayan. Begitulah perniagaan, ada untung, ada rugi.

p/s di sana, LD menyewa 3 hari kereta KIA SEPHIA (gambar) dengan harga yang berpatutan
kepada sesiapa yg ingin menyewa kereta di Langkawi bolehlah menghubungi :

Jeti Kuah : Zamnuri (Abg Ja) 012-4185900
Airport : Zamzuri (Abg Zam) 012-4739615

Saturday, January 9, 2010

MyVi auto start keyless systerm

Gathz Kenduri Kahwin Onie (Kamunting)








Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Kamunting

Selamat Pengantin Baru Onie.

Sori lambat skit nk upload sbb buzy skit. Gathz kali ni kami join dgn sbiji jentera ja, iaitu jentera LD saja sbb nk seb kos, hahaha... Untuk pengetahuan suma, ni la gathz pertama kami dgn NCRC sbb kami baru ja join.

Kami dapat call dr adeqs, dia dan RY dah sampai R&R Gunung Semanggol, kami sampai di sana pada pkul 11pg. Apabila abugen dan vios sampai, kami bertolak ke Petronas Kamunting untuk menunggu umie dan mirmo. Konvoi Gathz kali ni bersama dgn Geng Banzai. Setelah tiba semua, kami bertolak ke rumah Onie.

Dah abis makan, kami terpaksa balik dulu sbb ada kerja yg perlu kami uruskan. Kami dapat tahu, NCRC lepak d Taman Tasik Taiping. Dlm web NCRC xda gmbar jentera kitorang. Sedey!....

Apapun, Selamat Pengantin Baru Onie!!!

p/s bila LD dan Duke nk kawin???

Thursday, December 31, 2009

Konvoi Akhir Tahun







Tarikh : 31 Disember 2009
Tempat : Universiti Utara Malaysia

Sebenarnya aktiviti ni tak dirancang pun sebab masing-masing ada hal sendiri. Leftdefault (LD) ada interview di Alor Star, dan Duke pulak nak ke UUM atas urusan beliau. Apabila LD call Duke pada pukul 10pagi, rupanya Duke nak ke UUM. Jadi kami pun rancang untuk konvoi ke UUM. Tepat jam 12 tengahari, kami berjumpa di Tol Alor Star (U). Tiba di UUM pada pukul 1 petang, kami terus isi 'petrol' dalam perut di Kafeteria DPP Proton dan kemudia ke Masjid Badlishah untuk tunaikan yang wajib.

Pada pukul 3 ptg, kami meninggalkan UUM untuk ke Kolej Matrikulasi Kedah di Changloon untuk mengambil adik Duke. Selepas itu, singgah di Ekspo Belia Niaga untuk jamu mataaa...

Dalam perjalanan pulang, berhampiran KM70 arah Alor Star-Gurun, kami terserempak Kelisa Apen yang berdesup mcm pelesit, rupanya nak balik cepat jumpa bini. Almaklum lah baru kawin. Apen dalam perjalanan dari Perlis balik Sik. Kami mengejar Apen sampai ke Hentian R&R Gurun, mau dekat 140km/j.

Lepas solat Asar, kami bertolak balik pada pukul 630 ptg dan tiba di destinasi masing-masing pada pukul 730 ptg.

Sekian.